31 Mei 2010

KHAS: Hadiah Untuk Pengantin Pun Ada Manik!!

Hadiah untuk pengantin baru, Kak Nor & Abang Mizi

Hahaha...apabila saya tengok balik gambar-gambar ni, saya boleh tergelak sendiri. Punyalah saya tak sempat nak mencari bungkusan & kad ucapan untuk pengantin baru, Kak Nor, sampai saya terpaksa berhempas pulas buat kad sendiri & balut hadiah guna plastic wrapper ajer. Tak pasal-pasal hadiah tu jadi hamper, tak pernah dibuat orang agaknya bagi hadiah wedding dalam bentuk hamper.

Paling mengharukan, kad ucapan saya buat dengan guna bahan-bahan terbuang yang ada dalam rumah abang saya tu (maaf yer Kak Nor, bukan kedekut, tapi tak sempat nak beli...huhu...). Kononnya nak buat kelainan, saya jahit la manik di atas tulisan 'TAHNIAH' yang saya lakar di atas kadbod putih. Dah siap jahit tulisan tu dengan guna manik miyuki heksagon, saya tambah sekuntum bunga di sudut atas sebelah kiri kad. Lagilah orang tak pernah buat kerja gila ni, mana nak jumpa kad ucapan bermanik jahitan tangan kat kedai...eksklusif tu! Hehehe...

Inilah dia kad ucapan ciptaan sendiri...pun nak letak manik...hehehe

Rupa kad ucapan dari sebelah dalam...ada taburan labuci

Selanjut jam 4.00 pagi, 29 Mei 2010, barulah saya siap menjahit & membungkus hadiah tu. Walau penat, tapi rasa puas hati sangat apabila tengok hasilnya. Sekurang-kurangnya hadiah untuk pengantin ni ada nilai tersendiri & tak akan pernah sama dengan orang lain..hehe...bangga...bangga...(padahal pengantin belum pun sebut apa-apa..perasan jer lebih)...

Pandangan dari depan bungkusan : DKNY Red Delicious untuk pengantin perempuan


Pandangan dari belakang bungkusan : CK Euphoria untuk pengantin lelaki

Semoga pasangan pengantin suka dengan pemberian saya ni. Memang betul-betul kering idea nak beri apa. Memang jarang-jarang orang bagi minyak wangi pada pengantin. Harap ianya relevan dengan mereka.

Simbolik kepada pemberian ini; minyak
wangi & kilauan manik - semoga rumahtangga mereka mekar mewangi dengan kilauan cahaya kebahagiaan hingga ke akhir hayat...waduh!...pandai betul cipta kata-kata pujangga...hahaha...





30 Mei 2010

Koleksi 11 - Tempahan Baju Nikah Kak Nor (Paka)


Inilah dia baju persandingan Kak Nor

Jahitan pada bahagian badan baju

Jahitan pada bahagian kain

Rupa baju pada badan si pemakai

Inilah pengantin perempuan, Kak Nor

Pasangan pengantin anggun di pelamin, Kak Nor & Abang Mizi

Saya & anak-anak bersama pasangan pengantin

Dari kiri : Yoe (adik lelaki saya), pasangan pengantin, Ijan (adik perempuan saya), saya

Daripada reaksi Kak Nor, nampak dia berpuas hati dengan hasil kerja saya walau saya belum lagi mencapai tahap profesional dalam seni jahitan ni. Kak Nor cukup gembira memperagakan baju persandingan tu, dari seawal jam 11.00 pagi hinggalah ke 6.00 petang. Terima kasih Kak Nor kerana mempercayai saya dalam menggarap kesenian dia baju penting dalam sejarah hidupnya. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Doakan untuk saya dan keluarga juga!...





26 Mei 2010

Pengumuman : Perubahan URL Blog Saya

Kepada semua pengikut setia saya dan pelawat-pelawat yang dikasihi...

Diumumkan bahawa, setelah difikirkan dengan semasak-masaknya, saya telah mengambil keputusan untuk menukarkan url blog saya ini daripada http://masariq.blogspot.com KEPADA http://maskamil.blogspot.com.

Alasan penukaran url ini:

1. Pada asalnya, blog ini saya wujudkan ketika masih ada seorang anak, ARIQ KAMIL. Jadi, saya dedikasikan blog ini atas gabungan nama saya dan Ariq Kamil. Tak pernah merancang pun nak punyai anak lagi pada waktu tu...huhu...

2. Setelah anak kedua lahir (11 Oktober 2009), ARIF KAMIL, saya rasa macam bersalah pulak sebab blog kesayangan saya ni ada nama abangnya seorang saja...sian Arif Kamil, kecik hati dia (padahal budak tu tau apa la erti kecik hati waktu ni...hehe).

3. Jadi, adalah adil (rasa-rasanya la) jika saya meletakkan nama gabungan saya dengan kedua-dua nama hujung anak saya, supaya bila dia orang dah besar nanti (itupun kalau blog ni masih wujud...huhu), tak adalah mereka bergaduh sebab mummy mereka berat sebelah...hehehe...

4. Dengan harapan selepas ini tak adalah lagi penukaran url (kalau ada anak lain selepas ni, kenalah letak nama pangkal 'KAMIL" juga...alahai...kalau dapat anak perempuan, letak nama KAMIL gak ker? Hmm...parah jugak...)

Maafkanlah saya wahai para pengikutku jika ini menyulitkan kalian. Harap anda semua dapat menerima keputusan saya ini...chewaah...!

Terima kasih tak terhingga kerana memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Sayang anda semua!!! Muuuaaah....





23 Mei 2010

Koleksi 16 - Baju Che Su (versi 3)

Tempahan Che Su untuk pusingan ke-3...hehe....


Che Su minta saya jahit ringkas pada lengan & bawah baju. Dengan idea yang memang tak seberapa (huhu...) saya cuba la jahit seringkas mungkin. Hanya gunakan sequin flower bowl, sequin flat flower (merah & transparent) & manik miyuki 15/0 round hole silver lined.

Di hujung lengan, saya mencuba idea dengan meletakkan deretan 3 keping sequin flower bowl yang bersambung dengan 'tangkai' manik miyuki. Untuk menambahkan seri, saya selang-selikan ruang yang ada dengan sequin flat flower.

Ermm...puas saya fikir apa nak letak nama jenis corak baru ni...akhirnya saya rasa sesuai kot kalau letak nama MANIK BUNGA 3 TANGKAI...hahaha..memang kering betul idea saya waktu ni...belasah ajer la...


Bila baju ni siap, Che Su tersenyum gembira. Walaupun ringkas, kilauan manik & sequin tetap menyerlah. Selamat bergaya Che Su!!!...


Koleksi 15 - Baju Ma 'Darat'


Ahaa...ini dia baju Ma 'Darat' yang saya cakap dalam pos pada 9 Mei 2010 yang lepas. Dia minta saya jahit manik tabur ajer pada dua-dua belah lengan bajunya. Tak banyak komen yang boleh saya garapkan di sini sebab serasanya semua penggemar jahitan manik dah sedia maklum mengenai teknik jahitan manik tabur ni. Jadi, selamat 'menonton' satu lagi hasil jahitan manik tabur yer...hehehe...

17 Mei 2010

Hujan Rahmat Di Kuala Terengganu

Alhamdulillah...dingin sungguh cuaca hari ini di Kuala Terengganu. Hujan yang tak terlalu lebat telah membasahi bumi yang lama 'kepanasan'. Bacaan yang tercatat pada 'badan' bekas pen di pejabat saya ni, menunjukkan suhu ketika ini adalah 24 darjah celcius. Cukup selesa dan mendamaikan.

Dalam kedinginan cuaca, tempahan yang saya terima untuk jahitan manik tetap hangat. Malah ada yang ingin menempah untuk majlis konvokesyen masing-masing pada Julai ini. Tapi saya terpaksa tolak, sebab kuota untuk bulan Mei, Jun & Julai telah penuh. Kepada mereka, saya minta maaf sangat sebab tak dapat tunaikan permintaan anda. Jika tempahan dibuat terlebih awal, sudah tentu saya akan penuhi.

Namun begitu, tempahan untuK hari raya 2010 masih terbuka luas walaupun dah ada yang mula 'booking' tempat untuk baju mereka. Dah ada 4 pelanggan yang menempah, jika seorang menempah 2 helai, tak ker 8 helai jadinya. Jika seorang 3 helai, lagilah berganda jumlahnya. Itu baru untuk 4 orang pelanggan terawal. Belum dikira tempahan pelanggan-pelanggan lain di saat akhir. Gerun juga memikirkannya...huhu...

12 Mei 2010

Koleksi 14 - Baju Nora (versi 1)

Akhirnya siap juga baju Nora ni. Dia tempah 2 helai dengan saya pada hujung Mac 2010. Katanya nak pakai pada bulan Mei 2010. Jadi saya tak ada la tergesa-gesa sangat nak siapkan baju dia. Minggu lepas dia telefon dan beritahu yang dia nak saya siapkan dulu salah satu daripada bajunya untuk di pakai ke kenduri kahwin pada 14 Mei 2010. Semalam tepat jam 12 tengah malam, saya berjaya siapkan salah satu bajunya seperti dalam gambar.

Di lengan, saya siapkan corak manik tabur bersulam deretan labuci yang dijahit 'zig-zag', kemudian di apit dengan jahitan manik jelujur atas & bawah manik tabur untuk menjadikan jahitan tampak lebih kemas. Tak cukup dengan itu, saya tambah 'gemerlapan' di bahagian ini dengan kuntuman bunga dari himpunan labuci warna emas & sequin corak bunga. Gabungan jahitan ini membuatkan manik di kawasan lengan memang sarat & nampak 'mahal'...


Di bahagian bawah baju pula, Nora minta saya buat ringkas sahaja tak seperti di bahagian lengan. Jadi saya cuma buat jahit labuci tabur, 1 inci di bahagian paling bawah baju. Dan di atasnya saya taburkan beberapa sequin merah dari corak 'rainbow flower' & sequin (krystal flower).



Inilah hasilnya jahitan manik untuk baju Nora versi pertama. Harap Nora akan tersenyum puas melihat bajunya yang dulunya 'kosong', kini dihiasi dengan manik & labuci yang berkilauan...

11 Mei 2010

Aildilfitri 2010 Lagi 4 Bulan!

Pejam celik..pejam celik...raya akan bertandang lagi...Insya-Allah jika dipanjangkan umur kita akan bertemu dengan bulan Syawal pada 10 @ 11 September 2010. Macam tak percaya ajer masa cukup pantas berlalu. Serasanya baru semalam saya mulakan bisnes mengambil tempahan jahit manik (tahun 2009). Kalau diikutkan, saya tak sedar juga Aidilfitri 2010 dah semakin hampir, tapi bila saudara-mara mula sibuk berbincang tentang tema baju raya ketika kami sembang-sembang di laman rumah, barulah saya teringat yang hari mulia itu akan menjengah 4 bulan dari sekarang. Hmmm...saya dah mula kelam-kabut sebab masing-masing dah mula 'booking' baju-baju mereka untuk saya jahit manik, mengulangi kenangan raya di tahun 2009.

Klik pada gambar untuk lihat jadual Hari Raya dengan lebih jelas

Nampaknya, saya kena susun jadual betul-betul kali ni sebab sambutan pada hasil kerja tangan saya semakin baik. Takut tak menang tangan pula. Maklumlah, dulu saya menjahit sepenuh masa sementara menunggu Arif Kamil lahir. Boleh la tumpu pada jahitan, kadang-kadang dalam satu hari boleh siap 2 helai tempahan pada masa tu. Tapi kali ni, disebabkan saya juga bekerja di sebuah pejabat di Pulau Duyong, saya cuma ada masa menjahit pada sebelah malam & pada hujung minggu sahaja. Belum tambah lagi dengan nak melayan kerenah anak-anak tersayang di rumah tu. Walau apapun segala kerja yang saya usahakan; dalam mencari rezeki, membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang, meluangkan masa untuk diri sendiri; saya akan melakukan yang terbaik untuk keseimbangan hidup.

Jadi, kepada para pelanggan & pengunjung blog yang amat saya hormati...cepat-cepatlah buat tempahan anda sementara saya belum putuskan tarikh tutup tempahan. Saya pun tak pasti bila akan tutup tempahan untuk raya, ia terlalu subjektif. Sekiranya kuota tempahan dah cukup, saya mungkin akan menutup tempahan secara drastik. Mungkin sebulan, seminggu atau sehari sebelum tarikh penutupan, barulah saya akan umumkan di blog ni .Untuk itu, harap-harap anda semua dapat membuat tempahan awal untuk mengelak dari kecewa...

Salam ceria...

09 Mei 2010

Tempahan Semakin Bertambah

Alhamdulillah...nampaknya rezeki datang lagi. Balik ke Dungun hujung minggu baru-baru ni, saya dapat 3 (tiga) lagi tempahan daripada saudara, termasuklah daripada mak saudara yang kami sekeluarga panggil dia "Ma Darat" (nama penuhnya Tengku Napisah). Saya tak pasti mana datangnya gelaran "Darat" di hujung panggilan nama makcik saya yang seorang ni. Kalau "Ma" tu saya tahulah, sebab dia merupakan makcik sulung dalam keluarga arwah ibu saya, jadi dia dapat gelaran istimewa, singkatan daripada sebutan "Mama", seistimewa statusnya sebagai seorang ibu. Nanti balik Dungun sekali lagi, saya nak cuba selidik la asal-usul panggilan tu..huhu..harap-harap dapatlah jawapannya nanti. Dia merupakan tukang jahit pertama & "famous" di kalangan keluarga kami. Sungguh saya tak sangka, tukang jahit mahir sendiri yang mengupah saya untuk jahit manik pada bajunya. Permintaan yang saya anggap paling eksklusif...

2 (dua) lagi tempahan saya terima daripada Mama Chah (atau Kak Chah) dari Kuantan. Beliau adalah merupakan kakak ipar kepada kakak saya, Kak Long. Katanya dia nak cuba tengok hasil jahitan saya dan jika menarik, dia akan promosikan di kalangan kawan-kawan & saudaranya di Kuantan. Wah...saya cukup terharu dengan sokongan mereka ini dengan hasil kerja saya. Harap kemahiran saya akan makin bertambah & sudah pasti saya akan berusaha untuk memberikan hasil yang terbaik serta merangka corak-corak jahitan terbaru buat para penyokong a.k.a pelanggan saya. Terima kasih semua...

Sempena sambutan Hari Ibu & kebetulan pula pelanggan-pelanggan baru yang saya sebutkan tadi adalah daripada kaum ibu, saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI IBU buat Ma Darat & Mama Chah...tak lupa juga kepada semua golongan ibu, mak, mama, umi, mami, bonda dan sebagainya di luar sana...

06 Mei 2010

Manik hampir kehabisan stok! Gaya hidup di zaman siber menyelamatkan keadaan...

Alahai...dulu masa mula-mula saya nak mulakan perniagaan jahit manik ni, saya beli stok manik yang banyak dari kedai Syarikat Bunga Reben di Jalan Tunku Abdul Rahman. Dah hampir setahun pakai baru sekarang ni nampak jelas timbunan manik tu dah makin menyusut...huhu... Sekarang dah pindah ke Terengganu, agak mustahil untuk saya ulang beli di kedai yang sama. Jadi terpaksalah cari alternatif lain untuk dapatkan bekalan di Terengganu pula.

Puas saya mencari kedai di kawasan Terengganu ni (terutamanya di Kuala Terengganu) yang boleh supply manik sepertimana di KL tu tapi masih belum jumpa. Ada tu memanglah ada, tapi kebanyakan manik-maniknya dibungkus dalam pack 10 gram & dah tentulah harganya jauh lebih mahal. Saya perlukan bekalan dalam pack 100 gram, lebih ekonomi & jimat masa sebab dah tak payah nak beli banyak kali untuk satu tempoh masa yang lama. Dah la tak ada yang jual borong macam tu, pilihan manik dari segi jenis, warna & kualiti pun tak banyak di sini. Pening kepala...permintaan pelanggan makin bertambah..takkan saya nak guna manik yang tak cantik & rendah kualiti untuk pakaian pelanggan saya...isy...tak menepati standard yang saya sendiri tetapkan la... Sudahnya saya terpaksa survey di internet kedai-kedai online yang jual manik seperti kedai-manik.com , kedaimanik.com untuk dapatkan bekalan manik yang saya perlukan. Di sini saya boleh dapat pelbagai pilihan yang menepati citarasa manik masakini. Tapi matlamat saya untuk membeli dalam pack 100 gram dgn harga yang berpatutan masih tak dapat dicapai di sini. Sehinggalah saya berjumpa dengan Rose melalui laman wanjahshop, akhirnya dia boleh bekalkan manik yang saya perlukan dengan harga yang berpatutan.

Alhamdulillah, setakat ni selesai satu perkara. Lagi satu, hidup di zaman teknologi serba canggih ni banyak untungnya, beli manik pun dah boleh tempah on-line ajer, pilih manik, buat online banking kemudian tunggu barang sampai terus ke rumah. Tak perlu nak susah payah start kereta, cari parking, bayar parking kemudian bersusah-payah cari kedai semata-mata nak cari manik yang harga RM3.00 (10 gram). Dah tak berbaloi...huhu... Gaya hidup di zaman siber cukup menjimatkan duit, tenaga & masa seterusnya menjadi penyelamat keadaan...
manik jelujur (21) manik bunga (20) manik tabur (15) sequin (15) manik (12) raya (12) lengan (10) labuci (9) raya 2009 (8) ringkas (7) crumble (6) manik ampang (6) manik ikut bunga (6) manik serong (6) bunga (5) manik beriring (5) manik jurai (5) manik maskamil (5) aidilfitri (4) badan baju (3) baju raya (3) bawah baju (3) glass pearl (3) kahwin (3) kenduri kahwin (3) manik pintal (3) maskamil (3) sequin flora (3) tutup tempahan (3) bonda permaisuri agong (2) flora (2) jadual tempahan manik (2) jahitan manik di ampang (2) leher (2) manik 3D (2) manik aidilfitri 2012 (2) manik batu diamond (2) manik jelujur berganda (2) penyulam manik beginner (2) sarat (2) sisik ikan (2) tempahan jahitan manik (2) 2009 (1) 2010 (1) aidiladha 2012 (1) baju konvo (1) baju kosong (1) baju nikah (1) baju nora (1) baju pengantin (1) belajar jahit manik (1) blog manik (1) bunga reben (1) bunga ros (1) bunga satin (1) corak manik (1) free beading (1) gulai darat daging (1) gulai kawah daging (1) hari ibu (1) hari lahir (1) hujan (1) jahit tabur (1) jahitan manik (1) kain kosong (1) kedai manik (1) kelas jahitan manik (1) kelas mani rosita jaafar (1) kelas manik (1) kelas manik 3D (1) kelas manik ampang (1) kelas manik april 2012 (1) kelas manik pandan indah (1) kelas manik percuma (1) kelas manik shah alam (1) kelas manik shah alam april 2012 (1) konvo (1) konvo kustem (1) konvo kustem 2003 (1) kuota penuh (1) malaysia (1) manik 2013 (1) manik bahagian lengan (1) manik baju konvo (1) manik bunga 3 tangkai (1) manik bunga matahari (1) manik bunga orkid (1) manik crumble (1) manik flora (1) manik hijau (1) manik kuala lumpur (1) manik kuala terengganu (1) manik merah (1) manik pada blouse (1) manik pada t-shirt (1) manik raya (1) manik raya 2012 (1) manik sarat (1) manik taman permata (1) nasi minyak terengganu (1) nora (1) pearl abs (1) pearl tabur (1) pengasuh (1) pergolakan malaysia (1) permintaan kelas manik (1) puding kastard (1) raya 2010. aidilfitri 2010 (1) rose lace (1) rozabeads (1) sanding (1) tempahan (1) template blog (1) trafik ke blog (1) tukang jahit (1) tunang (1) wajah baru (1)