Amboi...patriotik la pulak yer kali ni? Hehehe...
Walaupun Malaysia hari ini ada berlaku sedikit pergolakan, saya harap semangat perpaduan yang ada di kalangan semua rakyat di negara kita tetap akan utuh buat selama-lamanya hingga ke akhir zaman. Saya bersyukur dapat hidup di zaman kemerdekaan yang mana kita bebas berbuat apa sahaja asalkan tidak menyalahi hukum agama dan undang-undang negara.
Kita juga bebas untuk membuat kepelbagaian dalam mencari rezeki utama dan juga rezeki tambahan seperti saya, menjahit manik. Jangan tak tahu, selain menjahit manik, saya juga ada membuat tempahan Nasi Minyak Terengganu untuk mereka-mereka yang berada di sekitar Kuala Lumpur. Yang selalu jadi pelanggan setia saya adalah kawan-kawan saya yang tinggal di Shah Alam dan Kelana Jaya dan juga pekerja-pekerja bengkel di kawasan perumahan tempat yang saya tinggal. Resepi-resepinya asli dari keluarga saya di Terengganu.
Nak tengok macam mana rupa Nasi Minyak Terengganu yang saya masak tu? Ni ha...
Ni nasi minyak dengan lauk gulai kawah daging (orang Kelantan panggil 'gulai darat')
Yang ni pulak nasi minyak lauk gulai ayam yang dah siap bungkus untuk delivered pada pelanggan
Antara variasi packaging nasi minyak...hehehe
Haa...yang ni bukan nasi minyak yer...tapi puding kastard 3 rasa (ciptaan saya...dah kira hebatlah kononnya ada resepi sendiri...hahaha)
Pada yang nak cuba rasa tu, jangan segan silu hubungi saya. Buat masa sekarang ni tempahan maksimum saya cuma ambil untuk 50 orang makan sahaja, sebab masak sorang-sorang, belum mampu nak hire assistant...huhu...
Dan pada para peminat jahitan manik, janganlah risau ek. Saya tetap akan terus berkarya untuk menyulam manik pada baju-baju pelanggan. Mana boleh tinggal. Sayang wooo...hehehe...
Anyway, selamat berbahagia semua yer...